Tuesday, February 17, 2015

[ Bersyukur ]

Bilakah Kebahagiaan Akan Diperolehi
Jika Kita Sentiasa Memikirkan
Apa Yang Belum Ada,
Tapi Mengabaikan Apa Yang Sudah Kita Miliki..
Jadilah Peribadi Yang Selalu Bersyukur Dengan Rahmat Dan Nikmat
Yang Sudah Kita Miliki..
Mungkinkah Selembar Daun Yang Kecil Dapat Menutup Bumi Yang Luas Ini? Sedangkan Menutup Telapak Tangan Sahaja Pun Sudah Begitu Sukar..
Tapi, Kalau Daun Kecil Ini
Melekat Di Mata Kita,
Maka Tertutuplah Bumi Dengan Daun..
Begitu Juga Bila Hati Ditutupi Fikiran Buruk Sekecil Manapun,
Maka Kita Akan Melihat keburukan
Bumi Ini Sekalipun, Akan Tampak Buruk..
Maka Janganlah Menutup Mata Kita,
Walaupun Hanya Dengan Daun Yang Kecil.
Janganlah Menutup Hati Kita Dengan Sebuah Fikiran Buruk,
Walaupun Cuma Seujung Kuku.
Syukuri Apa Yang Sudah Kita Miliki,
Sebagai Modal Untuk Memuliakan-NYA
Kerana Hidup Adalah Singkat
Waktu Yang Dipinjamkan
Amanah Yang Dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah Atas Nafas
Yang Masih Kita Miliki..
Bersyukur Atas Keluarga
Bersyukur Atas Pekerjaan
Bersyukur Atas Kesihatan
Bersyukur Atas Rahmat Dan Nikmat
Bersyukur Dan Sentiasa Bersyukur
Di Dalam Segala Perkara..
Semoga Kita Mendapat Manfaat
Dan Sentiasa Bersyukur
Aamiin
Insha'Allah
www.facebook.com/DKainCollection
www.faceboo.com/jus.juzq30.diyana
www.facebook.com/Amani-Ubat-Lutut-Dan-Sendi
019.428.4607

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.